Khamis, 24 Disember 2015

PAKU SEBATANG

pakusebatang hem, itulah nama blog yang saya terfikir serasi. Secara tradisi pasak dan rasuk merupakan elemen yang menjalin pembinaan bangunan dulukala. Itulah kemahiran orang Melayu yang menjadi warisan negara. Kemudian menyusullah elemen paku untuk menjalin, mengikat dan memegang sesuatu binaan sehingga menjadi bangunan.
sebatang satu, satu dijalin-jalin menjadi mesra menjadi sebuah kota, sebuah cinta! Kebelakangan ini, negara dihangat dengan isu-isu politik dan pemerintahan. Selain daripada Parti UMNO, Parti PAS turut berkonflik; yang satu dengan krisis integriti dan satu dengan krisis cetusan Parti Amanah, serpihan Parti PAS. Rentetan-rentetan peristiwa terus berlangsung, dalam marak dan dalam bara, yang entah bila-kan terlerai. Yang memerhati terus menilai. Yang terlibat terus berpencak. Namun yang ramai adalah yang MEMERHATI. Saya dalam kelompok memerhati, yang meneropong dalam kaedah penelitian se-objektif mungkin. Justeru saya lebih menganggap blog ini sebagai blog arkib catatan maklumat ringkas. Post-post adalah yang terpilih berkenaan dasar dan elemen-elemen kerangka terkini PAS sebagai sebuah parti dan maklumatnya langsung dari mulut tokoh-tokoh kepimpinan tertinggi Pas sendiri, menerusi lidah Harakah. Disini nanti pembaca boleh sama-sama menyorot makluman intipati tentang dasar, pendirian, ulasan, halatuju, aktiviti dan jentera baru di dalam kerangka Parti Pas dewasa ini. Diharap blog ini menjadi manfaat kepada orang awam tanpa mengira bangsa dan parti disamping boleh dijadikan rujukan fakta-fakta ringkas intipati sesuatu yang berkait dengan Parti Pas. Akhirkalam "moving forward"!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan