Isnin, 28 Disember 2015

Cabaran - "istiqamah: tiada takut dan tiada resah"

NASRUDIN HASSAN 1. Sahabat Seperjuanganku Matlamat perjuangan kita adalah sangat jelas. Matlamat di dunia ialah mendaulatkan syariat Allah swt sementara matlamat akhir ialah Mardhatillah (keredhaan Allah swt). 2. Sahabatku Kita hebat apabila mampu istiqamah menempuh jalan yang berliku dan cabaran yang beribu. Ingat pesan Allah swt:إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَSesungguhnya orang yang berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (istiqamah), akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (Surah Fussilat : 30) 3. Sahabatku Istiqamah dengan perjuangan ini menjadikan kita selamat. Tiada apa yang perlu kita takutkan. Terus pandang ke hadapan, melangkah dengan yakin dan berani untuk memuktamadkan matlamat yang telah disepakati.... *versi suntingan dari artikel penuh   - HARAKAHDAILY 4/7/2015

Khamis, 24 Disember 2015

PAKU SEBATANG

pakusebatang hem, itulah nama blog yang saya terfikir serasi. Secara tradisi pasak dan rasuk merupakan elemen yang menjalin pembinaan bangunan dulukala. Itulah kemahiran orang Melayu yang menjadi warisan negara. Kemudian menyusullah elemen paku untuk menjalin, mengikat dan memegang sesuatu binaan sehingga menjadi bangunan.
sebatang satu, satu dijalin-jalin menjadi mesra menjadi sebuah kota, sebuah cinta! Kebelakangan ini, negara dihangat dengan isu-isu politik dan pemerintahan. Selain daripada Parti UMNO, Parti PAS turut berkonflik; yang satu dengan krisis integriti dan satu dengan krisis cetusan Parti Amanah, serpihan Parti PAS. Rentetan-rentetan peristiwa terus berlangsung, dalam marak dan dalam bara, yang entah bila-kan terlerai. Yang memerhati terus menilai. Yang terlibat terus berpencak. Namun yang ramai adalah yang MEMERHATI. Saya dalam kelompok memerhati, yang meneropong dalam kaedah penelitian se-objektif mungkin. Justeru saya lebih menganggap blog ini sebagai blog arkib catatan maklumat ringkas. Post-post adalah yang terpilih berkenaan dasar dan elemen-elemen kerangka terkini PAS sebagai sebuah parti dan maklumatnya langsung dari mulut tokoh-tokoh kepimpinan tertinggi Pas sendiri, menerusi lidah Harakah. Disini nanti pembaca boleh sama-sama menyorot makluman intipati tentang dasar, pendirian, ulasan, halatuju, aktiviti dan jentera baru di dalam kerangka Parti Pas dewasa ini. Diharap blog ini menjadi manfaat kepada orang awam tanpa mengira bangsa dan parti disamping boleh dijadikan rujukan fakta-fakta ringkas intipati sesuatu yang berkait dengan Parti Pas. Akhirkalam "moving forward"!

Al-Kisah Belajar Buat Blog Secara Sendiri

Salam sejahtera.Ini adalah blog saya yang pertama (dalam mencuba-cuba). Setelah hampir 2 minggu menekuni beberapa laman sesawang saya dapati mencari ilmu di sini tidaklah mudah namun tidak juga sukar. Setelah saya beralih kepada tutorial secara video, penerokaan saya menjadi lebih yakin, namun masih jauh dari pandai. Ada tiga (3) aspek yang saya utamakan dalam tempo permulaan fasa penerokaan iaitu: 1) Maklumat tentang beberapa ciri-ciri domain utama khasnya Google dan WordPress. 2) Memilih domain; akhirnya Google 3) Meneliti isu-isu copyright dan syarat pihak Google. Dalam pada itu, aspek kreativiti turut difikirkan iaitu: 1) 2-3 teras tema dan ciri-ciri isi kandungan 2) Kebarangkalian minat audien di pasaran 3) Penyediaan bahan isi kandungan 4) Copyright!? Terus-terusan saya melakukan dan memikir hal-hal diatas sambil mengisi masa menghadiri AGM Perkasa Ke-6 di Kuala Lumpur; sebelum rombongan bas kami ke Langkawi mulai 20-24 Disember. Ya! 24 Disember adalah target saya untuk mula menulis blog pertama saya sempena dengan Maulidur Rasul yang istimewa! Ya! Sekali lagi saya tersangkut di copyright. Puas juga memikirkan dan memohon pertunjuk. Namun saya tidak mahu mengambil risiko, namun dalam masa yang sama meneruskan hasrat baik melahirkan blog PAKUSEBATANG Akhirnya blog Pakusebatang lahir tepat pada hari Maulidur Rasul 24/12/2015 dan saya mula membuat post pertama mulai 25/12/2015 pada hari perayaan Krismis.