pakusebatang
Khamis, 21 Januari 2016
Kerjasama Politik - Penetapan Baru, Majlis Syura Ulamak PAS
Syura benar kerjasama demi Islam
HARAKAHDAILY | 06 Januari 2016.Keputusan Majlis Syura Ulamak yang bersidang pada 21 Rabiul Awwal 1437 bersamaan 2 Januari 2016. 1. Salah satu daripada dasar Islam yang dipegang oleh PAS ialah bekerjasama dan tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan. Hal ini berasaskan kepada firman Allah swt di dalam Al-Quran: وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ" Dan hendaklah kamu bekerjasama untuk melaksanakan kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bekerjasama pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)". (Surah Al Maidah: Ayat 2) Sabda Rasulullah s.a.w: حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ أَخْبَرَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي بَكْرِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ Maksudnya: Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang dizalimi. Lalu ditanya kepada Baginda, Ya Rasulullah s.a.w. kami tahu untuk menolong orang yang dizalimi tapi bagaimana pula kami akan menolong orang yang zalim, Baginda menjawab , elak dan cegah mereka dari melakukan kezaliman itulah erti menolong mereka. (Riwayat Imam Bukhari) 2. Berdasarkan kepada nas-nas tersebut, maka Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang pada 21 Rabiul Awwal 1437H bersamaan 2 Januari 2016M telah bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan demi untuk memperkukuhkan Islam dan perjuangannya.3. Majlis Syura Ulamak juga menegaskan bahawa PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional. DATUK DR NIK MOHD ZAWAWI SALLEH Setiausaha Majlis Syura Ulamak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) - HARAKAHDAILY 6/1/2016
Isnin, 11 Januari 2016
Ahli PAS dilarang terlibat program PAN, DAP - Setiausaha Agung PAS
Ahli PAS dilarang terlibat program PAN, DAP
HARAKAHDAILY | 10 Januari 2016. KETERLIBATAN AHLI PAS DALAM PROGRAM/AKTIVITI PARTI-PARTI POLITIK LAIN ADALAH dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 27 Rabiul-awwal 1437 bersamaan 8 Januari 2016 telah membincangkan isu berkaitan keterlibatan Ahli-Ahli PAS dalam program dan kegiatan parti-parti politik lain khususnya Parti Amanah (PAN) dan DAP.Sehubungan dengan itu, demi untuk memelihara keutuhan dan perpaduan parti serta mengelakkan pelanggaran Perlembagaan dan Arahan Parti, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat telah membuat keputusan dan ketetapan seperti berikut:-i. Ahli-ahli PAS dilarang mengambil bahagian, melibatkan diri, bekerjasama, memberi bantuan atau menyertai sebarang program atau aktiviti PAN dan DAP di semua peringkat;ii. Ahli-ahli PAS perlu mendapat kebenaran Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum menghadiri sebarang jemputan program/aktiviti politik dan seumpamanya dari mana-mana parti politik lain (selain dari PAN dan DAP yang dilarang terus sebagaimana (i) di atas);iii. Secara umumnya Ahli-ahli PAS diperingatkan supaya tidak melakukan sesuatu perkara yang bercanggah dan/atau berlawanan terutamanya dengan Fasal 16 dan 82, Perlembagaan PAS.Saudara/i dipinta dengan SEGERA menyampaikan Arahan ini kesemua peringkat Parti di bawah pentadbiran Saudara/i. Kerjasama dan perhatian semua pihak berkaitan bagi menjaga keutuhan parti amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Kathira.TAKIYUDDIN HASSAN Setiausaha Agung – HARAKAHDAILY 10/1/2016
Slogan Islam "Penyelesaian" Belum Cukup - Naib Presiden
Slogan 'Islam adalah penyelesaian' belum cukup
JUHANI RAHMAN | 20 September 2015.AMPANG: Perjuangan yang bersandarkan kepada slogan 'Islam adalah penyelesaian' tanpa kerangka pelaksanaan yang tepat dan menyeluruh masih belum cukup untuk mempengaruhi rakyat supaya menyokong PAS. Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, sebaliknya rakyat sekarang ini mahu penjelasan yang tuntas bagi setiap masalah yang berlaku meliputi pelbagai bidang seperti ekonomi, pendidikan, perancangan bandar, perundangan dan sebagainya. "Adakah sampai bila-bila kita hanya mahu cakap Islam adalah penyelesaian bila ada masalah yang berlaku. Masa Kongres Rakyat pun masih sebut slogan ini. "Kalau orang tanya macam mana Islam menyelesaikan masalah, adakah kita pula mahu jawab tunggulah bila tiba masanya?" ujarnya semasa membentangkan kertas kerja Peranan Profesional Pasca Muktamar PAS 2015 dalam Wacana Golongan Profesional & Landskap Politik Terkini. Sehubungan itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, menggesa parti itu segera membuat perubahan termasuklah menguruskan persoalan baharu seperti alam sekitar, pengurusan dan tidak berpaut kepada isu agama sahaja."Kita tidak mahu pimpinan buat kenyataan media yang tidak berpijak dengan realiti atau menumpang isu yang dibawa pihak lain. Kita kena cari dan gali isu baharu."Maka di sinilah perlunya golongan profesional dalam PAS bagi membentuk polisi yang lebih detil untuk ditawarkan kepada rakyat," ujarnya.Tambahnya lagi, PAS juga perlu segera mencari nilai tambah untuk memastikan parti itu relevan bagi menghadapi cabaran politik yang lebih rencam apabila wujud sebuah parti politik yang baharu.Bagi memastikan hasrat itu boleh dicapai, Iskandar menyarankan PAS menubuhkan institut penyelidikan yang lebih bersifat terbuka bagi memudahkan pihak lain menyumbangkan pendapat atau hasil kajian yang boleh dimanfaatkan.Katanya, keperluan itu adalah mendesak memandangkan parti politik lain juga mempunyai badan penyelidikan masing-masing untuk merangka polisi."PKR ada Institut Rakyat, DAP ada Penang Institute, Kerajaan Negeri Selangor ada Institut Darul Ehsan, jadi kita juga perlukan sebuah badan penyelidik yang lebih terbuka. Kalau Pusat Penyelidikan PAS (PPP) mungkin agak tertutup," katanya. - HARAKAHDAILY 20/9/2015
Prinsip Pas Sebagai Pembangkang Konstruktif - Nasrudin Hassan
PAS merajah peta baru perjuangan - siri 2
NASRUDIN HASSAN | 21 Disember 2015. Politik matang dan sejahtera
Meneliti demografi termasuk sosio budaya negara kita Malaysia yang menjadi pentas utama perjuangan PAS, peranan dan posisi PAS mesti diletakkan di atas landasan yang betul dan sesuai dengan zamannya untuk menuju kemenangan di dunia dan akhirat. Namun dalam masa yang sama, Islam terlebih dahulu telah meletakkan dasar dan prinsip asas yang membentuk road map umum perjuangan Islam merentas zaman.
Contoh yang boleh diketengahkan di sini, salah satu garis dasar yang telah ditetapkan oleh Allah swt ialah sebagaimana firman Allah swt: فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ Maka dengan sebab rahmat dari Allah, engkau telah bersikap lunak kepada mereka dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam, maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. (Surah Aali Imran: 159)
Ayat ini meletakkan enam noktah penting yang mesti diteliti peranan dan fungsinya dari rehal wahyu Allah swt untuk membentuk manhaj perjuangan Islam kontemporary : a) Rahmat Allah swt b) Sikap lunak c) Memaafkan d) Doa keampunan e) Bermesyuarat f) Bertawakkal.
Langkah pertama, PAS menganjak posisinya pada kedudukan sebagai pembangkang yang konstruktif (constructive opposition), sementara ia adalah persiapan terancang dan persediaan bijak sebelum diberi mandat memimpin serta memerintah sebagai sebuah kerajaan.
Asas tanggungjawab perjuangan PAS sebagai pembangkang yang konstruktif ialah ; i - berjuang untuk menegakkan syariat Islam. ii - memperjuangkan hak rakyat dan iii - membangunkan negara yang sejahtera.
Prinsip PAS sebagai pembangkang yang konstruktif pula ialah: i - Berani berkata benar pada yang benar dan sebaliknya tegas untuk kata salah pada yang salah. ii - Tidak keterlaluan sehingga membangkang apa sahaja yang datang dari pihak lain khasnya dari pihak lawan politik namun tidak juga terlalu longgar sehingga tidak mempunyai prinsip dan jati diri. iii - Tidak terhenti sekadar membangkang sesuatu perkara namun turut mengemukakan solusi atau penyelesaian tuntas berasaskan petunjuk Islam. iv - Lapang dada dan bersikap terbuka untuk duduk semeja dengan semua pihak bagi membincangkan isu sejagat yang melibatkan kepentingan ummat Islam, rakyat keseluruhan dan negara tercinta. v - Bersedia mengambil kebaikan dan menerimanya dengan baik meskipun ia datang dari pihak pemerintah serta bersiap sebagai government in waiting.
Method pendekatan PAS di posisi pembangkang yang konstruktif, antaranya ialah: i - Kritik, tegur dan nasihat berteraskan fakta dan figure yang benar dan tepat. ii - Bertanggungjawab atas kenyataan, tulisan dan tindakan serta berpaksi kepada hikmah Islam. iii - Berakhlak murni pada gerak pancaindera dan bahasa lidah. iv - Elakkan fitnah dan memfitnah meskipun terhadap lawan serta tidak mencetuskan provokasi. v - Berlaku adil terhadap semua dan merendah diri pada pihak yang tidak menentang.bersambung...Beristiqamah Hingga Kemenangan.Sekian.
Isnin, 28 Disember 2015
Cabaran - "istiqamah: tiada takut dan tiada resah"
NASRUDIN HASSAN
1. Sahabat Seperjuanganku Matlamat perjuangan kita adalah sangat jelas. Matlamat di dunia ialah mendaulatkan syariat Allah swt sementara matlamat akhir ialah Mardhatillah (keredhaan Allah swt).
2. Sahabatku Kita hebat apabila mampu istiqamah menempuh jalan yang berliku dan cabaran yang beribu. Ingat pesan Allah swt:إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَSesungguhnya orang yang berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (istiqamah), akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (Surah Fussilat : 30)
3. Sahabatku Istiqamah dengan perjuangan ini menjadikan kita selamat. Tiada apa yang perlu kita takutkan. Terus pandang ke hadapan, melangkah dengan yakin dan berani untuk memuktamadkan matlamat yang telah disepakati....
*versi suntingan dari artikel penuh
- HARAKAHDAILY 4/7/2015
Khamis, 24 Disember 2015
PAKU SEBATANG
pakusebatang hem, itulah nama blog yang saya terfikir serasi. Secara tradisi pasak dan rasuk merupakan elemen yang menjalin pembinaan bangunan dulukala. Itulah kemahiran orang Melayu yang menjadi warisan negara. Kemudian menyusullah elemen paku untuk menjalin, mengikat dan memegang sesuatu binaan sehingga menjadi bangunan.
sebatang satu, satu dijalin-jalin menjadi mesra menjadi sebuah kota, sebuah cinta!
Kebelakangan ini, negara dihangat dengan isu-isu politik dan pemerintahan. Selain daripada Parti UMNO, Parti PAS turut berkonflik; yang satu dengan krisis integriti dan satu dengan krisis cetusan Parti Amanah, serpihan Parti PAS. Rentetan-rentetan peristiwa terus berlangsung, dalam marak dan dalam bara, yang entah bila-kan terlerai. Yang memerhati terus menilai. Yang terlibat terus berpencak. Namun yang ramai adalah yang MEMERHATI.
Saya dalam kelompok memerhati, yang meneropong dalam kaedah penelitian se-objektif mungkin. Justeru saya lebih menganggap blog ini sebagai blog arkib catatan maklumat ringkas. Post-post adalah yang terpilih berkenaan dasar dan elemen-elemen kerangka terkini PAS sebagai sebuah parti dan maklumatnya langsung dari mulut tokoh-tokoh kepimpinan tertinggi Pas sendiri, menerusi lidah Harakah. Disini nanti pembaca boleh sama-sama menyorot makluman intipati tentang dasar, pendirian, ulasan, halatuju, aktiviti dan jentera baru di dalam kerangka Parti Pas dewasa ini.
Diharap blog ini menjadi manfaat kepada orang awam tanpa mengira bangsa dan parti disamping boleh dijadikan rujukan fakta-fakta ringkas intipati sesuatu yang berkait dengan Parti Pas. Akhirkalam "moving forward"!
Al-Kisah Belajar Buat Blog Secara Sendiri
Salam sejahtera.Ini adalah blog saya yang pertama (dalam mencuba-cuba). Setelah hampir 2 minggu menekuni beberapa laman sesawang saya dapati mencari ilmu di sini tidaklah mudah namun tidak juga sukar. Setelah saya beralih kepada tutorial secara video, penerokaan saya menjadi lebih yakin, namun masih jauh dari pandai. Ada tiga (3) aspek yang saya utamakan dalam tempo permulaan fasa penerokaan iaitu:
1) Maklumat tentang beberapa ciri-ciri domain utama khasnya Google dan WordPress.
2) Memilih domain; akhirnya Google
3) Meneliti isu-isu copyright dan syarat pihak Google.
Dalam pada itu, aspek kreativiti turut difikirkan iaitu:
1) 2-3 teras tema dan ciri-ciri isi kandungan
2) Kebarangkalian minat audien di pasaran
3) Penyediaan bahan isi kandungan
4) Copyright!?
Terus-terusan saya melakukan dan memikir hal-hal diatas sambil mengisi masa menghadiri AGM Perkasa Ke-6 di Kuala Lumpur; sebelum rombongan bas kami ke Langkawi mulai 20-24 Disember. Ya! 24 Disember adalah target saya untuk mula menulis blog pertama saya sempena dengan Maulidur Rasul yang istimewa!
Ya! Sekali lagi saya tersangkut di copyright. Puas juga memikirkan dan memohon pertunjuk. Namun saya tidak mahu mengambil risiko, namun dalam masa yang sama meneruskan hasrat baik melahirkan blog PAKUSEBATANG
Akhirnya blog Pakusebatang lahir tepat pada hari Maulidur Rasul 24/12/2015 dan saya mula membuat post pertama mulai 25/12/2015 pada hari perayaan Krismis.
Langgan:
Catatan (Atom)
