Isnin, 28 Disember 2015
Cabaran - "istiqamah: tiada takut dan tiada resah"
NASRUDIN HASSAN
1. Sahabat Seperjuanganku Matlamat perjuangan kita adalah sangat jelas. Matlamat di dunia ialah mendaulatkan syariat Allah swt sementara matlamat akhir ialah Mardhatillah (keredhaan Allah swt).
2. Sahabatku Kita hebat apabila mampu istiqamah menempuh jalan yang berliku dan cabaran yang beribu. Ingat pesan Allah swt:إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَSesungguhnya orang yang berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (istiqamah), akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (Surah Fussilat : 30)
3. Sahabatku Istiqamah dengan perjuangan ini menjadikan kita selamat. Tiada apa yang perlu kita takutkan. Terus pandang ke hadapan, melangkah dengan yakin dan berani untuk memuktamadkan matlamat yang telah disepakati....
*versi suntingan dari artikel penuh
- HARAKAHDAILY 4/7/2015
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Jika dalam Umno lebih kurang diistilah "rapatkan barisan". Semalam seorang ahli Pas nyatakan tidak senang dengan berbaik-baik Pas-Umno. Saya nyata itu politik ada pro dan kontra...
BalasPadam